MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN LALAUAN ‘KT BYPASS’


KUALA TERENGGANU, 1 NOVEMBER 2022


 

Pembukaan laluan yang telah diwartakan menjadi Jalan Persekutuan FT03: Jalan Pintas Tok Adis-Durian Burung pada 16 September lalu dengan panjang jajaran 5.8 kilometer (km) itu disempurnakan Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Seri Fadillah Yusof dan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 1 November 2022.

Pembukaan jajaran jalan bagi projek bernilai RM220 juta itu bakal memberi banyak impak positif kepada rakyat dan dianggarkan kira-kira 70,000 pengguna menerima manfaat. Laluan alternatif ini akan mengurangkan kesesakan trafik di Jalan Persekutuan FT03 sedia ada di bandar Kuala Terengganu terutamanya pada waktu puncak, musim perayaan utama dan cuti sekolah.

KT Bypass bermula di Simpang Tok Molor dan berakhir melintasi Simpang Tok Ku dan bersambung di Laluan FT03 Kuala Terengganu – Kota Bharu. Panjang keseluruhan laluan yang direka bentuk adalah sepanjang 5.8 km secara empat lorong dua hala menggunakan piawaian U5. Skop projek ini turut melibatkan persimpangan bertingkat di Simpang Tok Molor dan Simpang Tok Ku.

Melalui projek ini juga, ia akan meningkatkan aksesibiliti dan mobiliti pengguna Pantai Timur dan mampu menjana ekonomi di kawasan Kuala Terengganu khususnya kepada sektor pelancongan dan industri kecil dan sederhana.

Projek pembinaan KT Bypass telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada Rolling Plan (RP) 3 RMKe-10 dengan siling sebanyak RM250 juta.  Walau bagaimanapun, kos projek telah meningkat kepada RM384.3 juta disebabkan peningkatan kos pengambilan balik tanah sebanyak tiga kali ganda. Projek ini dilaksanakan secara konvensional perunding di mana tarikh milik tapak adalah pada 27 Julai 2016 setelah pengambilan balik tanah dapat diselesaikan.

 

sumber foto: Media MB Terengganu

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut