BENGKEL KEFAHAMAN ADAT PERKAHWINAN LUAK REMBAU

Pada 26 Oktober 2022 lalu bertempat di Balai Sri Rama, Pejabat YTM Dato’ Undang Luak Rembau, satu Bengkel Kefahaman Adat Perkahwinan Adat Luak Rembau telah diadakan di bawah dana Memperkasakan Adat Perpatih.

Bengkel ini telah menampilkan dua orang pembentang iaitu YM Dato ‘ Raja Diraja Mej (B) Hj. Bahaman bin Hj. Harun, Orang Besar Undang Yang Empat dengan kupasan topik yang bertajuk Mendirikan Adat Kematian Penyandang Pesaka Adat (Dato’ Lembaga, Buapak dan Besar Lingkungan) dan juga Y.Bhg. Tuan Mohd Alimi bin Mohamed dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan dengan tajuk Perkahwinan Dalam Islam Menurut Undang-Undang Keluarga Islam di Negeri Sembilan.

Peserta bagi bengkel ini terdiri daripada YM Dato’ Penyandang Pesaka Adat, Buapak, dan Ibu Soko di Luak Rembau serta dihadiri oleh Wakil-Wakil Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah Rembau serta Kakitangan Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Anggaran peserta bagi bengkel ini adalah seramai 70 orang.

Setelah selesai pembentangan, bengkel diteruskan lagi dengan demonstrasi Adat Mendirikan Adat dari pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Undang Haji Adnan, Kota.

Seterusnya, majlis penutup telah dirasmikan oleh ke bawah kaus Yang Teramat Mulia Dato’ Lela Maharaja Dato’ Haji Muhamad Sharip bin Hj Othman, Dato’ Undang Luak Rembau serta penyampaian cenderahati kepada guru pengajar dan pelajar sekolah tersebut. Majlis telah berakhir dengan jamuan makan tengah hari.

Terima kasih diucapkan kepada YAB.Menteri Besar Negeri Sembilan yang telah menyalurkan Dana Memperkasakan Adat Perpatih di bawah Geran Aktiviti Adat melalui YB. Tuan Mohamad Nazarudin bin Sabtu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan, Kesenian dan Adat Istiadat Melayu yang sentiasa menyokong usaha Lembaga Muzium Negeri Sembilan dalam memperkasakan Adat Perpatih di semua Luak dan Wilayah Adat di Negeri Sembilan.

Sumber: Facebook Muzium Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut