AKADEMI AL AUFI PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN UNTUK BELIA

 

KOTA BHARU – Penubuhan Akademi Al Aufi adalah merupakan inisiatif daripada Urus Setia Belia, Sukan dan NGO (U-BeS) dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) mewujudkan pusat kursus dan latihan kepada belia dan beliawanis dalam bidang kemahiran.
Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat ketika berucap pada Majlis Perasmian Akademi Abdul Rahman Auf (Al Aufi) di Bazar Tok Guru, semalam.
Katanya, anak muda harus mengambil peluang ini untuk memajukan diri dalam bidang kemahiran yang diminati.
“Sesuai dengan era perkembangan dunia sekarang ini, peluang harus direbut dan jangan sesekali kita leka, kerana kelekaan itu menyebabkan kita ketinggalan.
Dengan adanya akademi ini akan dapat memberi ruang dan peluang kepada anak muda Kelantan untuk memajukan diri serta meningkatkan ekonomi keluarga dan negara,” katanya.
Berhubung perkara yang sama katanya, beliau yakin dengan anak muda di negeri ini yang memiliki sifat proaktif dan suka merebut peluang untuk maju dan berjaya.
Hadir sama, Timbalan Exco Belia, Sukan dan NGO, YB Zuraidin Abdullah, Pengarah U-BeS, Nasruddin Mahmud Muhaidin dan Pengurus Pemasaran PMBK, Nazman Che Ibrahim.

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut