PROGRAM ‘TALK TO US’ BALAI POLIS PANTAI

IPD Brickfields, 25 Oktober 2022 – Program ‘Talk To Us’ Balai Polis Pantai telah diadakan di Stesen Minyak Petron Lorong Universiti, Seksyen 16, Kuala Lumpur.

Sjn Badrul Hisham bin Senapi, Penyelia Unit Kolaborasi Sumber Balai Polis Pantai bersama L/Kpl Mohd Nor Shahril bin Abd Wahid dan L/Kpl Amirul Mahathir bin Muhammad telah hadir mengendalikan Program Talk To Us ini. Seramai 16 orang pengunjung di Stesen Petron Lorong Universiti telah berkunjung ke kaunter tersebut.

Program bertujuan untuk menunjukkan kehadiran Polis di tempat tumpuan disamping merapatkan hubungan dua hala antara masyarakat dan PDRM. Seterusnya, memberikan pengetahuan serta tips-tips pencegahan jenayah dan pendedahan mengenai aspek keselamatan serta langkah-langkah wajar dalam menjaga keselamatan diri, harta benda kepada pengunjung dengan mengedarkan risalah berkaitan pencegahan jenayah.

Program ini telah berjalan lancar dan telah berakhir dengan jayanya pada jam 11.00 pagi.

 

SUMBER: POLIS BRICKFIELDS

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …