14 PATI DITAHAN CUBA MEMASUKI NEGARA

14 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Myanmar yang cuba masuk ke Malaysia melalui sempadan negara Malaysia/Thailand menggunakan laluan tidak sah, berjaya ditangkap.

Kejadian tersebut berlaku di sektor OP BENTENG Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan berkata, dalam kejadian pukul 10.30 pagi semalam, Tim Ronda yang sedang melaksanakan tugas rondaan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand mengesan pergerakan sekumpulan orang awam dalam keadaan mencurigakan dan cuba bersembunyi di kawasan laluan sungai di sekitar kawasan Kemajuan Tanah Bukit Tangga.

Hasil pemeriksaan mendapati kesemua 14 orang awam tersebut adalah warganegara Myanmar yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan berumur antara 18 hingga 39 tahun, terdiri daripada 12 lelaki dan dua wanita.

Turut dirampas adalah tiga buah telefon bimbit, wang tunai dalam matawang Myanmar, 10 kad pengenalan warga Myanmar dan tujuh beg pakaian dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM1,500.22.

Seterusnya, kesemua PATI diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam.

Pasukan beroperasi akan terus mempertingkatkan kawalan di sempadan negara bagi mengekang kemasukan PATI dan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan.

Sumber: Berita RTM

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut