PROGRAM BELIA PEWARIS NEGARA ILP KEPALA BATAS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2022
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (AKSES SIBER)

KEPALA BATAS , 25 Oktober 2022 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang (MKNPP) dengan kerjasama strategik Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas telah menjayakan Program Belia Pewaris Negara pada 21 Oktober 2022. Program yang berlangsung di Auditorium Seri Intan, ILP Kepala Batas itu telah dihadiri oleh Pengarahnya iaitu YBrs. Tuan Zamzuri bin Hassan. Peserta terdiri daripada pelajar dan tenaga pengajar ILP Kepala Batas seramai lebih kurang 550 orang.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Nazrul Fazami bin Mohamad selaku Pengarah MKNPP mengenai Keselamatan Tanggungjawab Bersama dan Dasar Keselamatan Negara Serta Peranan Belia Masa Kini. Manakala penceramah Supt. Zulkefleei bin Sulaiman dari Jabatan Komersil IPK Pulau Pinang telah menyampaikan taklimat mengenai jenayah siber (scammer) dalam kalangan pelajar dan belia.

Para peserta memberi respon dan tumpuan penuh kepada taklimat-taklimat yang disampaikan. Semoga pelaksanaan program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi kemaslahatan generasi muda pewaris negara.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut