PEMANTAUAN PEMATUHAN SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN DEEPAVALI 2022

 

GUA MUSANG 22 Okt : Sepasukan 2 Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali Tahun 2022 di lokasi-lokasi tumpuan awam.
Objektif pemeriksaan dibuat di semua peringat rantaian pengedaran, pemborong dan peruncit oleh semua KPDNHEP Cawangan Daerah memfokuskan kepada pematuhan kestabilan harga barangan yang dikawal termasuk keberadaan ayam serta telur.
Selain itu bagi memastikan harga jualan adalah berpatutan dan peniaga tidak mengambil kesempatan dengan mengambil keuntungan secara tidak munasabah (mencatut).
Peratusan keberadaan, situasi bekalan, rantaian edaran dan isu-isu dilapangan secara spesifik telah diambil dan direkodkan untuk tindakan selanjutnya.
Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui :-
?Tel : 09-7416000
?Whatsapp : click link
? Talian Hotline : 1-800-886-800

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut