PROGRAM CAMBAH MINDA DI POLITEKNIK HULU TERENGGANU


HULU TERENGGANU, 19 OKTOBER 2022


 

Program Cambah Minda oleh Jabatan Penerangan Negeri Terengganu telah diadakan di Politeknik Hulu Terengganu dengan melibatkan lebih 50 orang peserta yang terdiri daripada pelajar semester satu (1) kemasukan tahun 2022. Pengisian program ini adalah melibatkan dua (2) slot iaitu slot yang pertama berkenaan “Undi 18” yang disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Redza bin Arshad, Penolong Pegawai Jabatan Penerangan Negeri Terengganu. Manakala slot kedua pula berkenaan “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama” disampaikan oleh Puan Nurul Laila binti Suhaimi, Penolong Pengarah MKN Negeri Terengganu.

Program Cambah Minda ini menfokuskan kepada tanggungjawab pelajar-pelajar yang telah memenuhi syarat-syarat untuk mengundi. Melalui penjelasan yang telah diberikan berkenaan Undi 18, pelajar-pelajar lebih memahami peranan dan tanggungjawab yang perlu mereka lakukan sebagai rakyat Malaysia. Selain itu, melalui slot Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”, pelajar-pelajar didedahkan berkenaan aspek-aspek penting dalam keselamatan negara yang perlu diambil perhatian serta tanggungjawab mereka sebagai sebahagian dalam jentera keselamatan negara.

Majlis Perasmian disempurnakan oleh Puan Wan Norliana binti Wan Sulong, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Hulu Terengganu. Majlis Penutup disempurnakan oleh Encik Mohd Othman bin Abu Bakar, Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu.

 

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut