PETRONAS SUMBANGKAN BANTUAN BAGI PERSEDIAAN BANJIR DI TERENGGANU


KUALA TERENGGANU, 17 OKTOBER 2022


Sebanyak 7,000 baju hujan, 1,000 khemah boleh lipat, 700 jaket keselamatan, dan empat bot bersama enjin disumbangkan pihak PETRONAS kepada agensi penyelamat Terengganu sebagai persediaan menghadapi banjir. Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly  Ramli berkata, sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada 36 buah bot, 8,800 buah khemah, 5,500 unit jaket keselamatan dan 55,000 helai baju hujan yang disumbangkan ke 14 negeri seluruh negara oleh PETRONAS.

“PETRONAS berharap agar sumbangan yang disampaikan dapat membantu agensi terbabit membuat persediaan menghadapi musim tengkujuh. Sumbangan berbentuk peralatan menyelamat dan perlindungan kepada mangsa banjir itu disampaikan oleh kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja di dalam satu majlis ringkas di Wisma Darul Iman.

Turut hadir, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Terengganu, Lt Kol Mohd Rosman Abdullah dan Timbalan Pengarah Bomba, Muhammad Basri  Kamarazaman. Menurutnya, inisiatif yang dilaksanakan itu adalah sebahagian daripada sumbangan bantuan banjir PETRONAS berjumlah RM25 juta yang diumumkan pada Disember 2021.

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut