PROGRAM SEJAHTERA KOMUNITI TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA

Pembentukan Minda Keselamatan hari ini diterapkan kepada hampir 30 orang ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) di PPR Paya Nahu 2, Sungai Petani.

Dalam ‘Program Sejahtera Komuniti Tanggungjawab Kita Bersama’ anjuran Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti KPKT, Penolong Pengarah Keselamatan Daerah, MKN Kedah, Encik Mior Ahmad Shah berkesempatan menjelaskan kepada peserta tentang ancaman-ancaman keselamatan yang mungkin dihadapi di peringkat komuniti seperti jenayah kecil dan sosial. Selain itu, peringatan berkenaan ancaman keselamatan siber turut dijelaskan untuk mengelak masyarakat daripada terus menjadi mangsa penipuan siber yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Program ini turut dihadiri oleh Ketua Balai Polis Sungai Petani dan juga Pegawai Perpaduan Daerah Sungai Petani yang sama-sama memberi perkongsian mengenai isu keselamatan dalam komuniti. Maklumbalas yang diterima oleh wakil penduduk amat memberangsangkan dan mereka menyambut baik program-program membentuk minda keselamatan begini diadakan secara berkala.

Konsep Pengurusan Keselamatan Dalam Komuniti (CBSM) perlu diperkukuh dan komuniti perlu bersedia untuk menjadi mata dan telinga kepada agensi keselamatan, dalam usaha mencegah sebarang bentuk ancaman kepada komuniti setempat, mahupun kepada kedaulatan negara.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …