PERTANDINGAN KOIR PERPADUAN PERINGKAT LABUAN ANJURAN JPNIN LABUAN

Kumpulan Koir daripada Church Of The Blessed Sacrament Labuan muncul johan dalam pertandingan Koir Perpaduan peringkat Labuan anjuran Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional (JPNIN) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Pasukan itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM 5,000 serta piala dan sijil.
Sekaligus akan mewakili Labuan ke peringkat kebangsaan yang dijangka akan berlangung pada 29 hingga 30 Oktober ini di Kuala Lumpur.
Naib juara disandang oleh pasukan daripada SMK Labuan manakala tempat ketiga dirangkul oleh pasukan koir Kolej Matrikulasi Labuan.
Kedua-dua pasukan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai masing-masing RM 3,500 dan RM 2,500 serta piala dan sijil.
Majlis perasmian pertandingan itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Tn Hj Rithuan Mohd Ismail yang mewakili Pengerusi Perbadanan Labuan Senator Datuk Bashir Alias.
Hadir sama, Pengarah JPNIN Labuan Esther Dingkawan.
Sebanyak tujuh pasukan menyertai pertandingan itu yang berlangsung di Anjung Budaya Taman Damai Perbadanan Labuan.
Pertandingan koir itu bertemakan β€œKeluarga Malaysia Teguh Bersama”.
SUMBER :FACEBOOK BES LABUAN

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut