KDB BUDAYAKAN KESELAMATAN, KEWASPADAAN DAN TANGGUNGJAWAB MENGGUNAKAN INTERNET

 Program Klik Dengan Bijak (KDB) membudayakan penggunaan Internet secara positif berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab.

Menurut Ketua Pegawai Ekskutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail, KDB turut menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan Internet.

“KDB bertujuan melahirkan pengguna yang literasi terhadap teknologi (bijak internet) dan mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain,” katanya semasa merasmikan Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-Kanak: Klik Dengan Bijak Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, tengahari tadi di sini.

Menyentuh mengenai kempen itu, Rithuan menegaskan ianya merupakan salah satu inisiatif dalam membantu dan membimbing kanak-kanak dan ibubapa serta komuniti berhadapan dengan cabaran jenayah siber pada masa ini.

“Kempen ini meningkatkan kefahaman kanak-kanak berkenaan penggunaan media sosial secara bijak dan selamat serta memberi pendedahan kepada kanak-kanak berkenaan bahaya media sosial yang tidak terkawal,” tambahnya.

SUMBER :FACEBOOK MALAYSIAAKTIF

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut