HAMPIR 80,000 PENGUNJUNG DIREKOD KUNJUNGI JELAJAH AKM MELAKA

MELAKA – Sebanyak 79,586 pengunjung direkodkan mengunjungi Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Melaka yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh sejak Jumaat hingga 12 tengah hari tadi.

Sekretariat Program Jelajah AKM dalam kenyataan berkata program itu juga mencatatkan jualan sebanyak RM5,030,900.26 pada tempoh sama, menerusi hasil jualan daripada 118 gerai usahawan industri kecil dan sederhana (IKS), 20 gerai Citarasa Keluarga Malaysia, 10 trak jualan makanan dan 12 reruai Jualan Keluarga Malaysia yang menawarkan barangan keperluan dengan harga lebih rendah.

“Jelajah AKM Melaka melalui Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia telah bekerjasama dengan 42 syarikat yang menawarkan sebanyak 5,259 kekosongan jawatan.

“Seramai 2,434 peserta dipanggil menghadiri temu duga kedua dan 769 orang telah berjaya mendapat tawaran pekerjaan,” menurut kenyataan itu.

Jelajah AKM yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah kesinambungan daripada kejayaan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 hingga 12 Dis 2021.

Melaka menjadi lokasi ke-11 bagi siri jelajah berkenaan selepas Johor, Perlis, Sabah, Terengganu, Perak, Kelantan, Sarawak, Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan.

Siri ini akan diteruskan di dua lagi jelajah peringkat negeri iaitu Pahang dan Pulau Pinang dan akan menutup tirai di Putrajaya dengan segmen perkhidmatan yang sama bagi memenuhi keperluan rakyat dan meningkatkan penghayatan terhadap pengertian Aspirasi Keluarga Malaysia yang berpaksikan tiga teras utama iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

Sumber : BERNAMA / Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut