30 PROJEK PERKASA PEMBANGUNAN ALOR GAJAH – KM

AYER KEROH 17 Oktober – Daerah Alor Gajah bakal mengalami transformasi selepas terhasilnya Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) 2035 (Penggantian).

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, menerusi draf tersebut, sebanyak 20 projek ‘quick win’ dan 10 projek pemacu yang memberikan manfaat kepada perancangan di daerah itu bakal dilaksanakan.

“Melalui cadangan 20 projek ‘quick win’ dan 10 projek pemacu yang telah dirangka, ia akan menyokong pencapaian visi utama MPAG menjadi ‘Alor Gajah Bandar Lestari dan Berdaya Huni Menjelang Tahun 2035’.

“Antara fokus rancangan tempatan ini ialah pembangunan Daerah Alor Gajah sebagai Zon Warisan dan Pelancongan Budaya dengan mengambil kira apa yang terkandung dalam Struktur Negeri Melaka 2035.

“Besar harapan saya supaya draf ini mendapat peranan semua pihak, memainkan peranan, semua ini akan dapat dicapai dan kita akan segera wartakannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) 2035 (Penggantian) di Hotel Ames di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan; Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

photo1665986174
SULAIMAN mengadakan lawatan ke ruang pameran MPAG sempena Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) 2035 (Penggantian) di Hotel Ames, Ayer Keroh. Turut hadir sama Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan. Foto Iqmal Haqim Rosman

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Md Nazri Abdullah; Yang Dipertua MPAG, Tpr Saifuddin Abdul Karim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Zulkiflee Md Zin.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, draf rancangan tempatan itu telah mengenal pasti potensi daerah Alor Gajah di peringkat Laporan Analisis Strategi dan Pembangunan Kajian.

Katanya, terdapat enam prospek dan keunikan Alor Gajah telah dibentuk meliputi aspek sumber alam semula jadi, ekonomi tempatan serta tahap ketersediaan kemudahan dan fasiliti.

“Mana-mana persatuan, badan bukan kerajaan (NGO), individu atau orang perseorangan boleh memberikan cadangan apa sahaja, kita ada sediakan borang pada pameran tersebut.

“Ada tiga kawasan ditempatkan draf ini iaitu Lobi MPAG, Lobi Wisma Negeri dan Lobi Pejabat Tanah dan Daerah Alor Gajah bermula 1 Oktober lalu sehingga 14 November ini,” katanya lagi.

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut