WACANA KESELAMATAN NEGARA 2022 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Wacana Keselamatan Negara 2022 Peringkat Negeri Sembilan bertempat di Dewan Theatrette, Wisma Negeri pada 13 Oktober 2022 yang lalu.

Majlis Perasmian bagi program ini telah dirasmikan Yang Berhormat Dato’ Dr. Razali Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

Program ini juga dihadiri seramai 221 orang peserta yang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan dan Penjawat Awam Negeri serta Persekutuan seluruh Negeri Sembilan.

Program Wacana ini terbahagi kepada 2 sesi yang mana sesi pertama adalah bicara eksekutif dengan tajuk “Dasar Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama” yang telah disampaikan oleh Tuan Shamril Faizalis bin Shamsul Bahari, Ketua Eksekutif, Pusat Startegi Keselamatan Negara (NASTRAC). Manakala bagi sesi kedua pula, telah diadakan forum keselamatan dengan tajuk “Krisis Keselamatan: Bersediakah kita?”. Yang menampilkan barisan ahli panel yang cukup berpengetahuan dalam bidang keselamatan iaitu Yang Berhormat Dato’ Dr. Razali Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Yang Berbahagia Datuk Rodzi Md Saad Ketua Pengarah Keselamatan Negara, dan Pensyarah Kanan Pusat Pengajian  Perangsaraf Media & Informasi UiTM,Dr.Noor Nirwandy Mat Nordin.

Wacana ini diadakan bagi mengetengahkan konsep Pengurusan Keselamatan Berasaskan Komuniti (Community Based Security Management-CBSM) dengan tema “ Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama” bagi merealisasikan aspirasi Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 di Negeri Sembilan melalui penghasilan pendekatan baharu sejajar dengan Konsep Keselamatan Menyeluruh (Comprehensive Security-COSMEC) yang memupuk semangat kemasyarakatan dalam pengurusan keselamatan Negara di Negeri Sembilan.

Pelaksanaan Wacana Keselamatan Negara ini telah memberi pendedahan kepada pelbagai Kementerian dan Agensi Kerajaan untuk memperkukuh kesiapsiagaan Negeri dan Negara bagi berhadapan risiko dan ancaman masa hadapan serta kepentingan perkhidmatan awam dalam mengadaptasi pelaksanaan Speed, World Class Knowledge, International, Flexible dan Tech-Based (SWIFT) untuk memperkemas pengurusan keselamatan Negeri agar lebih cekap dan berkesan.

Pameran Keselamatan Menyeluruh dari pelbagai agensi turut diadakan sempena program wacana ini. Antara agensi keselamatan yang terlibat adalah seperti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan (IPK NS), Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan( JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan (JBPM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negeri Sembilan (LPPKN) dan pemeriksaan kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Seremban.

 

Artikel/Berita Terkini

PPM RAMPAS MINUMAN KERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM66,000

SELUDUP: Suspek dan semua minuman keras tidak bercukai berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut. BELURAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PERTANIAN DI TANAH KERAJAAN PERLU MOHON LPS

Mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian di Negeri Sembilan diminta membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah …
Maklumat Lanjut

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut