???? ?????? ????????? ?????? ??????????? ??????, Jabatan Perdana Menteri (Majlis Keselamatan Negara) bersama mahasiswa/i Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra, USM pada 10 Oktober 2022 (Isnin), jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.


Sesi bersama MKN, JPM yang julung-julung kali diadakan ini merupakan kolaborasi strategik MKN, JPM bersama Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pusat Pengurusan Bencana, USM bersempena dengan Program Siswa Lestari Sidang Akademik 2022/2023, USM.
Sesi Bicara Eksekutif ini disampaikan oleh YBhg. Datuk Hj. Rodzi bin Md Saad, Ketua Pengarah Keselamatan Negara (KP MKN) kepada hampir 4,000 orang warga kampus terdiri daripada mahasiswa/i baharu dan sedia ada dan kakitangan USM.


Dalam sesi Bicara Eksekutif yang diadakan, YBhg. Datuk KPKN telah menerangkan mengenai Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 dan peranan MKN, JPM dalam pengurusan keselamatan negara secara menyeluruh termasuk pengurusan krisis negara. YBhg. Datuk turut memberi suntikan semangat kepada mahasiswa/i baharu USM agar menggunakan peluang yang diberi sebagai mahasiswa/i USM untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin.




MKN Negeri Pulau Pinang amat bersyukur dan merakamkan penghargaan kepada YBhg. Datuk Hj. Rodzi bin Md Saad, KPKN atas kesudian beliau menyampaikan taklimat dalam Sesi Bicara Eksekutif bersama warga kampus USM.
Sesungguhnya Sesi Bicara Eksekutif ini merupakan antara inisiatif Community Based Security Management MKN Negeri Pulau Pinang untuk memupuk rasa tanggungjawab menjaga keselamatan negara dalam kalangan warga kampus selaras dengan DKN 2021-2025.