OPERASI PEMATUHAN PENGGUNAAN PRODUK BIODEGRASI DAN KEBERSIHAN MAKANAN

PUTRAJAYA, 6 OKTOBER 2022 – Satu Operasi Pematuhan Penggunaan Produk Biodegradasi Dan Kebersihan Premis Makanan telah dilaksanakan pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari melibatkan seramai 36 anggota daripada Bahagian Pelesenan, Bahagian Kesihatan Persekitaran, Bahagian Komunikasi Korporat, Bahagian Penguatkuasa, Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan. Objektif operasi adalah bagi meninjau pematuhan penggunaan produk biodegradasi, aspek pelesenan dan keselamatan dan kualiti makanan di premis makanan sekitar Medan Selera RASA, Alamanda, Presint 1, Putrajaya.

Sebanyak 16 premis telah diperiksa oleh Bahagian Pelesenan untuk memastikan Penggunaan Produk Biodegradasi bagi tujuan pembungkusan makanan dipatuhi oleh pemegang lesen perniagaan di Putrajaya. Produk biodegradasi yang dibenarkan hanyalah dari jenis “biodegradable dan compostable” dan telah mendapat pengiktirafan SIRIM ECO 001:2018 dan SIRIM ECO 009:2019. Daripada jumlah berkenaan, terdapat 8 notis amaran telah dikeluarkan terhadap pemegang lesen dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WP Putrajaya) 2016 kerana gagal memastikan makanan untuk jualan dibungkus menggunakan bekas/bahan yang dibenarkan oleh Perbadanan.

Sebanyak 4 premis telah diperiksa dan diberikan penarafan gred oleh Bahagian Kesihatan Persekitaran, PPj. Daripada jumlah berkenaan 3 premis diberikan penarafan Gred A dan 1 premis pula telah diberi Gred B. Terdapat 1 kompaun dan 2 notis amaran telah ditawarkan kepada pemegang lesen dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WP Putrajaya) 2016.

SUMBER: PERBADANAN PUTRAJAYA

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut