MAIWP KONSISTEN MEMPERUNTUKKAN SKIM BANTUAN GALAKAN HAFAZAN AL-QURAN

MAIWP telah mengadakan Temuduga Program Tasmi’ Skim Bantuan Galakan Hafazan Al-Quran Kategori Terbuka tahun 2022 yang melibatkan seramai 450 peserta di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 4 dan 5 Oktober 2022.

Menerusi Skim Bantuan ini, peserta yang lulus ujian tasmie mengikut kategori hafazan yang ditetapkan akan diberikan insentif dimana bagi kategori 1-5 Juzuk sebanyak RM750.00, kategori 1-10 Juzuk sebanyak RM1,500.00, kategori 1-20 Juzuk sebanyak RM 3,000.00 dan 1-30 Juzuk adalah sebanyak RM4,500.00.

Skim ini merupakan insentif galakan yang diberikan kepada para huffaz Al-Quran di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam usaha MAIWP membudayakan amalan membaca dan menghafaz al-Quran di kalangan masyarakat.

Turut hadir Encik Ahmad Talmizi Yahaya, Pengurus Bahagian Agihan Zakat MAIWP bagi memantau kelancaran Program Tasmi’ Skim Bantuan Galakan Hafazan Al-Quran.

 

SUMBER: MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – MAIWP

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut