Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Bilangan 2 Tahun 2022 Negeri Kelantan meluluskan dua kertas pertimbangan iaitu Hala Tuju Dalam Membanteras Gejala Dadah dan Bahan serta Perlaksanaan Program Berfokus dalam menangani isu berkaitan pelencongan sosial dan penyalahgunaan dadah di negeri berkenaan.
Kelulusan itu bagi memastikan usaha merawat pulih dan mencegah penagihan dadah yang dilaksanakan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sekali gus mencapai matlamat Dadah Terkawal 2025.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datoโ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, YAB Datoโ Haji Ahmad Yakob diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Pejabat Setiausha Kerajaan Negeri Kelantan Kota Bharu, hari ini.
Selain dua kertas pertimbangan tersebut, MTMD Kelantan turut membincangkan isu penyalahgunaan dadah, substan dan pelencongan sosial selain mencapai keputusan melibatkan beberapa cadangan.
Dalam pada itu, sebanyak dua kertas laporan turut dibentangkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).