BANJIR : TERENGGANU SEDIAKAN HOSPITAL SEMENTARA DI SETIAP DAERAH


KUALA NERUS, 2 OKTOBER 2022


Kerajaan Terengganu mengambil insiatif dengan menyediakan hospital sementara sebagai persiapan sekiranya berlaku kemungkinan banjir besar seperti yang diramal pada hujung tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, selain mewujudkan hospital sementara di semua lapan daerah di negeri ini, kerajaan negeri juga telah membuat persiapan rapi dari segi bekalan makanan.

Penyediaan hospital sementara itu akan memudahkan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) yang mengalami masalah kesihatan mendapatkan rawatan awal daripada pasukan perubatan sebelum dibawa ke hospital besar. Sebelum ini, penyediaan hospital sementara pernah dilaksanakan di daerah Kemaman dan sangat berkesan mengurangkan kesesakan di hospital besar.

Pasukan perubatan boleh memberi rawatan awal kepada mangsa-mangsa banjir yang tidak kritikal sementara pesakit dihantar ke hospital besar untuk memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik sepanjang bencana berlaku. Menurut Hanafiah, bekalan makanan dan barangan keperluan yang bakal diagihkan kepada mangsa banjir akan ditempatkan di pengkalan hadapan di seluruh negeri pada awal Oktober ini.

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut