KDNK MALAYSIA BERKEMBANG 5.1 PERATUS PADA 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Keutuhan Ekonomi)

Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang sebanyak 5.1 peratus pada tahun 2022. Dalam Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia yang terkininya, katanya Indeks Pelopor (IP) pada Julai 2022 menunjukkan prestasi ekonomi yang optimis pada bulan-bulan akan datang. Bagi sektor luaran, eksport Malaysia pada Ogos 2022 melonjak 48.2 peratus kepada RM141.3 bilion manakala import meningkat 67.6 peratus kepada RM124.4 bilion. Dari segi prestasi pasaran buruh, bilangan penduduk bekerja meningkat 4.5 peratus kepada 15.98 juta pada Julai 2022, manakala kadar pengangguran dicatatkan pada 3.7 peratus. Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) pada Julai 2022 meningkat sebanyak 12.5 peratus tahun ke tahun, dengan sektor pembuatan mencatatkan nilai jualan sebanyak RM148.4 bilion, naik 23.8 peratus berbanding tahun lepas. Nilai jualan sektor perdagangan borong dan runcit juga meningkat 41 peratus tahun ke tahun kepada RM130.7 bilion pada Julai 2022.

Sumber: Laman Web BERNAMA 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut