MUZIUM 3D KOTA BHARU PERTAMA, TERBESAR DI PANTAI TIMUR

 

KOTA BHARU – Kota Bharu 3D Art & Heritage Centre (KB3D) di Tingkat 1, Bazar Tengku Anis ialah pusat kesenian dan warisan berasaskan lukisan tiga dimensi (3D) yang pertama dan terbesar di Pantai Timur.
KB3D diwujudkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan dibuka kepada orang ramai sebagai nilai tambah untuk menarik kehadiran pelancong ke Bazar Tengku Anis.
Fasa pembinaan pertama bermula dengan keluasan keseluruhan bersaiz 12,000 kaki persegi yang mempamer 45 galeri dan menyediakan kemudahan letak kereta yang luas, tangga bergerak, permandangan yang cantik, ruang menunggu, kaunter tiket, tandas pengunjung yang bersih dan galeri jualan.
Projek yang memberi pendedahan kepada komuniti untuk melihat lebih dekat seni 3D itu menjadi tumpuan pelancongan dalam dan luar negara, pelajar sekolah serta peminat seni itu beroperasi pada setiap hari bermula pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang dengan tiket RM10 bagi kanak-kanak dan pelajar sekolah serta RM20 untuk dewasa.

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut