LATIH AMAL : DISASTER MANAGEMENT EXERCISE DI PULAU PERHENTIAN

—————————————————————————————————————————
PULAU PERHENTIAN, BESUT, 29 September 2022
—————————————————————————————————————————
Satu program Disaster Management Excercise (DMEx) bertempat di Kg Nelayan, Pulau Perhentian melibatkan JBPM, APMM, KKM, Jabatan Perikanan, dan lain-lain agensitelah dilaksanakan pada 25 Sept 2022, bersempena dengan Ekspidisi, Konservasi dan Simulasi Menyelamat (EKSIM) @ Perhentian yang telah berlangsung bermula 23hb September 2022.
Eksesais melibatkan senario pelanggaran bot yang membawa pelancong dengn bot nelayan melibatkan 20 orang mangsa daripada peserta ekspidisi. Hasil pelanggaran telah menyebabkan kebakaran bot dan mangsa2 terjun ke dalam laut utk menyelamatkan diri daripada kebakaran bot. Mangsa-mangsa telah mengimplimenstasi teknik2 menyelamat diri di air, Save Our Soul At Sea (SOLAS) yang telah diajar kepada mereka oleh Pasukan PPDA JBPM.
Eksesais melibatkan pemadaman bot terbakar oleh Pasukan Detasmen Fire Post Pulau Perhentian.
Penyelamatan mangsa2 telah dilaksanakan oleh agensi penyelamat terdiri daripada bot Bomba drpd JBPM Negeri Terengganu, JBPM Negeri Kelantan, ABPM Wilayah Timur, Bot APMM, dan Bot Klinik Kesihatan Pulau Perhentian. Majlis telah dirasmikan oleh YBM Tengku Zaihan, ADUN Kuala Besut.

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut