BOT NELAYAN NEGARA JIRAN DITAHAN CEROBOH PERAIRAN NEGARA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 1: KEDAULATAN DAN KEUTUHAN WILAYAH (Pencerobohan dan Pembolosan Sempadan)

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang telah menahan sebuah bot nelayan Indonesia bersama lima kru pada 26 September 2022 kerana didapati menceroboh perairan negara.

Pengarah Maritim Malaysia Pulau Pinang, Kepten Abd. Razak Mohamed berkata, bot itu ditahan di kedudukan 52 kilometer barat daya Pulau Kendi, kira-kira pukul 4.10 petang.

Katanya, bot tersebut dikesan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan dalam perairan negara oleh KM SIKUATI semasa rondaan Op Tanjung. Tambah beliau, kesemua mereka ditahan dan akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran 2010 (ATIPSOM) kerana memperdagangkan kanak-kanak.

Ini adalah tangkapan kedua yang membabitkan bot nelayan asing dari Indonesia untuk bulan ini di perairan Pulau Pinang. Tangkapan pertama adalah pada 14 September oleh KM NYALAU sekitar 94 kilometer barat daya Pulau Kendi.

 

Sumber:

Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut

PELANCONGAN KEKAL TERAS PEMACU EKONOMI SABAH

RASMI: Christina yang mewakili Ketua Menteri memalu gong sebagai simbolik pelancaran ASEAN Travel Exchange (ATEX 2025) hari ini. KOTA KINABALU: …
Maklumat Lanjut