SIDANG MEDIA “OPS LEJANG”

NEGERI SEMBILAN, 24 SEPTEMBER 2022.

Ops Lejang yang diadakan di KM 28 Lebuhraya Seremban – Port Dickson yang bermula jam 4.00 petang – 5.30 petang dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Bantuan (PLUS) merupakan lokasi sasaran utama terhadap motosikal yang di ubahsuai untuk tujuan uji kelajuan, lumba haram atau rempit, disamping kesalahan tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh dan tiada perlindungan lnsuran.

Tindakan tegas akan dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan terhadap mereka yang didapati membuat pengubahsuaian motosikal bagi tujuan menduga kelajuan, tindakan ini juga bagi memastikan pemilik serta penunggang motosikal mematuhi peraturan dan undang- undang yang ditetapkan.

Pemilik dan penunggang motosikal adalah dinasihatkan supaya patuh pada peraturan dan undang undang berkuatkuasa serta tidak terlibat dalam aktiviti perlumbaan haram, rempit serta menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya yang boleh merbahayakan penunggang sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. Memandulah dengan cermat dan berhemah bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal. Keselamatan di jalan raya menjadi keutamaan serta tanggungjawab kita bersama.

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta dengan butiran lengkap pengadu dan juga butiran lengkap aduan.

sumber: Facebook JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut