PROGRAM CABARAN INTERAKTIF PENGGUNA – KELAB PENGGUNA SEKOLAH PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2022

 

TANAH MERAH 26 Sept : Pejabat KPDNHEP Kelantan melalui Seksyen Pendayaupayaan Pengguna telah mengadakan Program Cabaran Interaktif Pengguna – Kelab Pengguna Sekolah (CIP-KPS) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2022 bertempat di Putera Valley Resort & Training Centre Tanah Merah, Kelantan disini hari ini.
Pada pertandingan ini, pasukan dari Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1 mengungguli juara keseluruhan meraih wang tunai RM1,000.00, piala & sijil penyertaan dan naib johan dimenangi oleh Sekolah Menengah Baroh Pial dengan hadiah wang tunai RM700.00, piala serta sijil penyertaan.
Manakala tempat ketiga beroleh kepada Sekolah Menengah Dato’ Ismail dengan membawa pulang wang tunai RM500.00, piala dan sijil peyertaan. Dalam pada itu juga lain-lain tujuh sekolah mendapat hadiah saguhati berserta sijil penyertaan.
Bagi pemenang pertandingan Sinaran Passport Kegemilangan di menangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus, membawa pulang hamper dan goodies.

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut