SUKMA XX : TERENGGANU AKHIRI KEMARAU 12 TAHUN


KUALA TERENGGANU, 25 SEPTEMBER 2022


Pasukan bola sepak Terengganu berjaya menamatkan kemarau pingat emas dalam acara itu di Kejohanan Sukan Malaysia 2022 (SUKMA XX) MSN selepas kali terakhir dimenangi pada 2010.

Kejayaan merangkul ‘ibu segala pingat’ tersebut diraih selepas menewaskan pasukan Pulau Pinang dengan jaringan 2-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 24 September 2022.

Skuad bimbingan Badrul Afzan Razali menguasai perlawanan dengan kekuatan beberapa tonggak utama Terengganu FC dan Terengganu FC II dalam saingan Liga Malaysia (Liga M). Jaringan berjaya dihasilkan ketua pasukan, Safuwan Mazlan apabila berjaya menanduk masuk bola ke gawang lawan melalui sepakan percuma pada minit ke-24.

Pasukan Terengganu terus melebarkan kedudukan apabila pertahanan Pulau Pinang, Muhd Aidil Azuan menjaringkan gol sendiri pada minit ke-87 sekali gus mengesahkan kejuaraan yang dimiliki kontinjen Terengganu.

Kejayaan itu mengakhiri ketandusan memenangi pingat emas sukan tersebut selepas mencipta hatrik kemenangan pada SUKMA edisi 2006, 2008 dan 2010 lalu. Turut hadir menyaksikan perlawanan itu Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja dan bapa angkat acara bola sepak, Hishamuddin Abdul Karim.

Bagi temasya SUKMA 2022 ini, Terengganu berjaya menduduki tepat kedua secara keseluruhan dan melepasi sasaran pungutan pingat emas. Syabas diucapkan. Sukan memupuk perpaduan negara.

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut