TUMPAT 21 Sept : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kelantan menerima serahan kes daripada Batalion 9 Pasukan Gerakan AM dalam operasi mencegah ketirisan barang kawalan pada semalam.
Rampasan telah dibuat melibatkan sebuah kenderaan Proton Waja berpendaftaran Malaysia disyaki membawa barang kawalan minyak masak anggaran 170 kilogram dan gula pasir kasar 720 kilogram di Kg. Bendang Pak Yong, Tumpat Kelantan.
Tindakan dihasilkan semasa menjalankan aktiviti pencegahan ketirisan barang kawalan di sempadan negara dan akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas akan diambil KPDNHEP selanjutnya.