PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH (TEKAD) ANJURAN AADK DAN PEMADAM NEGERI KELANTAN

 

20 September 2022 : Bagi mengatasi masalah penagihan dadah di tempat kerja, AADK Negeri Kelantan telah menganjurkan Program TEKAD melibatkan agensi kerajaan dan swasta di Negeri Kelantan.
Program yang berlangsung selama sehari itu bertujuan memberi pengetahuan mengenai bahaya penyalahgunaan dadah di tempat kerja kepada majikan dan pekerja serta memberi kemahiran dalam menguruskan pekerja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Selain itu, Program TEKAD juga dilaksanakan untuk mendidik majikan dan pekerja mengenai pencegahan penyalahgunaan dadah di tempat kerja serta menyediakan program pemulihan yang berkesan dan mencegah penyalahgunaan dadah di tempat kerja dan mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat.
Perbagai aktiviti yang telah diadakan sepanjang program berkenaan antaranya ceramah,perbincancangan dalam kumpulan dan pembentangan oleh wakil kumpulan.
Diharapkan program ini dapat mencegah penyalahgunaan dadah di tempat kerja serta mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat.
Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua peserta, pihak PEMADAM dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut