Operasi ini telah disertai oleh 9 pasukan. Keseluruhan anggota ada 66 org yang terdiri dari pegawai dan penolong pegawai kesihatan Persekitaran. Operasi ini melibatkan di kawasan bandar Kuala Krai, kawasan peranginan Dabong dan juga Jelawang.
Sebanyak 64 premis telah diperiksa dan 72 notis kompaun di bawah peraturan-peraturan kebersihan makanan 2019 telah di keluarkan kepada pengendali makanan yang melanggar peraturan tersebut. Di samping itu 4 buah premis makanan di tutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dan Peraturan – Peraturan Makanan 1985.
Kesalahan yg paling banyak di jumpai adalah kesalahan di bawah Peraturan 32(1)(b) iaitu sebanyak 57 notis, Peraturan 33(1)(a) sebanyak 2 notis, Peraturan 33(1)(f) sebanyak 8 notis, Peraturan 11(1)(c) 1 notis, Peraturan 8(1)(a) 1 notis, Peraturan 34 sebanyak 2 notis dan Peraturan 38(2) dengan 1 notis. Daripada hasil notis tersebut, jumlah tawaran kompaun adalah sebanyak RM 12250.00.