JUMLAH KUTIPAN, PEMBAYAR ZAKAT MELAKA MENINGKAT – KM

 

BANDARAYA MELAKA 22 September – Zakat Melaka mencatatkan kutipan sebanyak RM77.20 juta setakat 31 Ogos lalu, meningkat sebanyak RM15.12 juta atau 24.36 peratus berbanding RM62.07 juta bagi tempoh sama 2021.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, bilangan pembayar zakat juga meningkat 6.85 peratus atau 47,946 orang berbanding 44,873 tahun sebelumnya.

“Bagi kutipan Zakat Harta secara keseluruhan berjumlah RM71.6 juta, meningkat kepada RM14.56 juta atau 25.55 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2021 iaitu RM57.03 juta.

“Zakat Pendapatan menunjukkan jumlah kutipan tertinggi iaitu RM42.22 juta atau 58.97 peratus, manakala kutipan Zakat Pertanian pula RM40,488.49 atau 0.06 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Anugerah Majikan Sektor Awam dan Swasta Bagi Tahun 2021 (Skim Potongan Gaji Zakat) di sini, malam tadi.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari; Pegawai Kewangan Negeri Datuk Salhah Salleh; Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Datuk Ibrahim Fadzil; Timbalan Pengerusi Zakat Melaka, Zahari Abd Kalil dan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Wira Md Rawi Mahmud.

Sulaiman berkata Kerajaan Negeri menerusi MAIM sentiasa mencari kaedah terbaik dalam usaha mengagihkan zakat kepada golongan benar-benar memerlukan.

“Sistem agihan zakat pula kita sentiasa ada penambahbaikan, MAIM akan mencari kaedah boleh membantu menyampaikan zakat. Kita memang mencari asnaf yang layak mengikut kategori, kaedah sedia ada masih lagi kita guna,” katanya

Menurutnya, jika ada bantuan-bantuan lain yang diperlukan mengikut kenaikan kos sara hidup, Kerajaan Negeri sudah pasti akan menyalurkan kepada mereka yang benar-benar layak.

Sumber : Melaka Hari Ini

 

Artikel/Berita Terkini

ANCAMAN TEKNIK TIPU WAJAH MENJADI ISU GLOBAL: PERLUNYA PERATURAN KHUSUS BAGI KECERDASAN BUATAN

Teknologi semakin maju dan dengan itu, muncul pelbagai cabang baru yang mempengaruhi kehidupan kita. Salah satu cabang yang semakin mendapat …
Maklumat Lanjut

KUPANG PORT DICKSON MASIH BERTOKSIN, TIDAK SELAMAT DIMAKAN

Analisis makmal terhadap sampel ketiga kupang dan air yang diambil dari perairan Port Dickson masih mengesan wujudnya biotoksin berbahaya. Menurut …
Maklumat Lanjut

JANGAN KONGSI KES PENGABAIAN, PENDERAAN KANAK-KANAK DI MEDIA SOSIAL – NANCY SHUKRI

Orang ramai diminta tidak menjadikan media sosial sebagai tempat menyalur atau menyebarkan maklumat serta berkongsi berkaitan sesuatu kes pengabaian dan …
Maklumat Lanjut