PROGRAM CAKNA RAKYAT DUN KELABORAN MERIAH

 

TUMPAT – Program Cakna Rakyat DUN Kelaboran meriah dengan pelbagai aktiviti dan kehadiran orang ramai setiap lapisan masyarakat yang diadakan di Pata Ndo, Padang Kemahkotaan, baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, YB Mohd Adanan Hassan ketika berucap merasmikan majlis tersebut, mengalu-alukan kehadiran orang ramai khususnya dalam kawasan DUN Kelaboran untuk mendapatkan manfaat melalui pelbagai aktiviti dan perkhidmatan untuk rakyat.
“Pelbagai aktiviti kita adakan untuk disertai oleh kanak-kanak, belia dan orang dewasa selain perkhidmatan daripada agensi kerajaan untuk kemudahan rakyat setempat.
Untuk kanak-kanak dari umur 5 hingga 15 tahun diadakan 20 acara sukaneka dan untuk dewasa diadakan acara sukan rakyat.
Acara dimulakan dengan perarakan perahu berhias dan bot laju dengan diiringi oleh alunan muzik tradisional.
Antara agensi yang terbabit ialah Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, Klinik Premier, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Tabung Haji, Bomba, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Perikanan, Pasukan Polis Marin, Jabatan Agama Jajahan, Peladang Kawasan Tumpat, Kelab Usahawan Wanita Kelantan, Perpustakaan Cawangan Tumpat, St. John Ambulans dan lain-lain.
Pada majlis tersebut, YB Mohd Adanan turut menyampaikan sumbangan kepada 250 orang armalah, sumbangan kepada 70 orang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan bantuan pesakit kronik seramai 15 orang.

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut