OPERASI BERSEPADU KPDNHEP NEGERI KELANTAN BERSAMA KPDNHEP CAWANGAN

 

KOTA BHARU 21 Sept : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah mengadakan Operasi Bersepadu bersama Cawangan KPDNHEP Pasir Mas, Kuala Krai, Tanah Merah dan Gua Musang, Kelantan.
Kekuatan pegawai seramai 12 pegawai operasi ini dijalankan sekitar Kota Bharu, Kelantan.
Fokus utama kepada pematuhan penggunaan alat timbang sukat yang ditentusahkan. Selain itu operasi meliputi Ops Anti Sorok, Pemeriksaan PHM 2022, Pemeriksaan Bekalan, Tanda Harga dan Alat Timbang Sukat dan Harga Maksimum Minyak Masak Tulen (Botol).
Hasil daripada pemeriksaan bekalan barang perlu pada tahap keberadaan yg stabil untuk dijual kepada pengguna dan pihak premis mematuhi arahan yang ditetapkan oleh pengawal.
Selain itu barang yang dijual tidak melebihi harga maksimum barangan harga terkawal dan tidak dikesan sebarang aktiviti yang mencurigakan semasa operasi dijalankan.

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut