85 PERATUS LOT THPM SUDAH ADA PELABUR KOMITED – YB DATO’ HANIFA

 

PASIR MAS – Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Negeri Kelantan, YB Dato’ Hanifa Ahmad memaklumkan sehingga Ogos 2022, 85 peratus lot industri di Taman Halal Pasir Mas (THPM) sudah mempunyai pelabur yang komited dan berpotensi.
Sejajar dengan aspirasi negara untuk menjadi peneraju global industri halal, THPM seluas 109 ekar dan berdekatan dengan sempadan Thailand dan rantau Indochina itu memainkan peranan penting dalam perdagangan rentas sempadan yang memanfaatkan Segi Pertumbuhan Indonesia – Malaysia – Thailand (IMT-GT) sekali gus berfungsi sebagai taman industri pilihan terbaik untuk para pelabur swasta di rantau Asia Tenggara.
THPM adalah sebuah taman perindustrian halal bersepadu dengan jumlah ini diiktiraf oleh Halal Development Corporation sebagai taman industri berstatus HALMAS yakni taman industri yang bertaraf dan lengkap infrastrutkur sangat berpotensi.
Sehubungan itu, ECERDC memaklumkan THPM menawarkan lokasi strategik bagi pelabur tempatan dan antarabangsa itu terbahagi kepada Fasa 1 dan Fasa 2 iaitu Bangunan Kompleks Perniagaan Usahawan (EBC) di PMHP diwujudkan untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang dilengkapi kemudahan infrastruktur asas.
Lot Industri seluas 61.85 ekar adalah platform bagi pelabur-pelabur swasta untuk bergiat dalam Industri Halal dengan infrastruktur dibina oleh ECERDC manakala pembangunan tanah pula dilaksanakan oleh para pelabur swasta.

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut