PELAN INDUK KESEDARAN KESELAMATAN SIBER NEGARA SIAP 2023

PUTRAJAYA – Pelan Induk Kesedaran Keselamatan Siber Negara (PIKKS) dijangka siap tahun hadapan sebagai rujukan utama dalam pelaksanaan program kesedaran keselamatan siber di peringkat nasional, kata Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad.

Beliau berkata, PIKKS masih di peringkat mengumpul pandangan dan fakta untuk menghasilkan satu panduan untuk semua pihak tentang kaedah yang boleh diseragamkan bagi meningkatkan keselamatan siber di negara.

“Kita akan segerakan perkara ini, sebab agenda ini (keselamatan siber) menjadi keutamaan yang penting kepada negara ketika ini,” katanya kepada media selepas merasmikan Konvensyen Pegawai Keselamatan ICT Malaysia (ICTSO) 2022 di sini pada Selasa.

Rodzi berkata, pemantauan pihak Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mendapati kebanyakan insiden siber adalah berpunca daripada kurangnya kesedaran di peringkat pengguna terutama penggunaan kata laluan yang lemah dan mudah diteka.

Beliau berkata, kerajaan memandang serius isu ancaman keselamatan siber dalam negara, terutamanya berkaitan dengan ketirisan maklumat, jenayah siber, kerentanan teknologi dan hactivism kerana menggugat kesejahteraan individu, kestabilan infrastruktur kritikal negara dan perniagaan, merosakkan reputasi organisasi serta menyebabkan kerugian wang ringgit.

Perkara ini melibatkan kesedaran dan tanggungjawab semua golongan masyarakat dan organisasi, untuk mempertahankan dan melindungi negara daripada ancaman dan jenayah siber bagi mewujudkan persekitaran siber negara yang selamat,” katanya.

“Agensi-agensi yang berkaitan masih meneruskan siasatan, untuk memastikan suatu (dakwaan) itu betul dan sahih, baru akan buat kenyataan tentangnya,” katanya.

Beberapa media sebelum ini melaporkan sekumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka daripada organisasi keselamatan siber ‘gray hat’ mendakwa, telah menceroboh ePenyata Gaji penjawat awam bagi menunjukkan kelemahan sistem itu.

Pada 18 September, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata, kerajaan telah mendapat petunjuk tertentu berhubung dakwaan tersebut dan kenyataan lanjut mengenainya akan dibuat oleh NACSA.

Sementara itu, Ketua Eksekutif NACSA, Rahamzan Hashim berkata, agensi itu kini sedang dalam proses menambah baik pekeliling keselamatan siber sedia ada untuk menyesuaikan dengan risiko dan perkembangan teknologi terkini.

Beliau berkata, terdapat peningkatan jumlah insiden keselamatan siber yang dilaporkan pada 2021 iaitu sebanyak 5,575 kes berbanding 4,194 insiden pada 2020, manakala jumlah insiden yang dilaporkan sehingga Julai tahun ini adalah sebanyak 4,682 kes.

SUMBER : BERNAMA

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut