BARGE TENGGELAM, LIMA KRU SELAMAT

BARGE TENGGELAM, LIMA KRU SELAMAT
Lima kru barge dan bot kargo yang membawa muatan air tawar terselamat berikutan berlakunya cuaca buruk di perairan Pulau kuraman semalam.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan Kepten Nudin Jusoh berkata Pusat Operasi telah menerima aduan berkaitan kejadian tersebut.
Katanya Bot Peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan Op Sejahtera telah ditugaskan ke lokasi kejadan dan menjumpai sebuah bot kargo sedang berusaha untuk menyelamatkan kru barge yang telah tenggelam.
Kesemua mangsa yang berumur lingkungan 30 hingga 45 tahun telah dipindahkan ke Bot Tunda ‘YAKIN” yang berada berdekatan.
Beliau memaklumkan kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Jelasnya pihak syarikat berkenaan akan melakukan usaha pengapungan semula barge berkenaan.
Justeru beliau memberitahu sekiranya berlaku sebarang kejadian kecemasan dan kemalangan di perairan laut dimohon segera melaporkan terus melalui talian kecemasan MERS 999 atau Pusat operasi agensi itu di talian 427 999.
SUMBER : FACEBOOK BESLABUAN

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut