UTeM PILIHAN UNIVERSITI AUSTRALIA

DURIAN TUNGGAL – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berpotensi menjadi pilihan universiti ternama Australia dalam menjayakan kerjasama program mobiliti pelajar dan penyelidikan antarabangsa.

Naib Canselor UTeM Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, perkara itu antara agenda utama hasil perbincangan antara UTeM dan delegasi ‘Australian Familiarisation Visit’ berlangsung, di kampus universiti itu, di sini, baru-baru ini.

Katanya, lawatan adalah usaha sama antara ‘Education Malaysia Global Services’ (EMGS), Education Malaysia Australia (EMA), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan urusetia daripada Jawatankuasa Pengarah Antarabangsa (JKPA).

“Antara faktor UTeM menjadi pilihan adalah kerana kelebihan dan keunikan kami sebagai universiti teknikal berprestij yang kian dikenali dunia.

“Selain itu UTeM dilihat berpotensi tinggi berdasarkan rekod jalinan kerjasama dengan pelbagai industri tempatan dan multinasional,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

WhatsApp Image 2022-09-12 at 12.33.36 PM (1)
BERGAMBAR kenangan sempena dengan ‘Australian Familiarisation Visit’ ke UTeM yang berlangsung baru-baru ini.

Menurutnya, lokasi dan kedudukan strategik di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah menjadi tumpuan dunia juga menjadi kelebihan UTeM.

Perbincangan turut dihadiri Exco Pendidikan dan Teknologi negeri, Datuk Rais Yasin, Kaunselor Pendidikan dan Sains, Kedutaan Australia ke Malaysia, Fiona Morris, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UTeM, Prof Dr Zulkifilie Ibrahim, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif serta Pengarah Pusat Antarabangsa UTeM, Dr Siti Hajar Sheikh Md Fadzullah.

Manakala antara wakil institusi pengajian tinggi Australia mengambil bahagian adalah University of Western Australia, Swinburne University of Technology, Macquarie University, Curtin University, Western Sydney University, Griffith University dan University of Wollongong.

Sumber : Melaka Hari Ini

 

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut