KONGRES INOVASI DAN TEKNOLOGI DUNIA (WCIT 2022)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Komitmen Institusi Antarabangsa)

 

Pulau Pinang dipilih untuk menjadi tuan rumah Kongres Inovasi dan Teknologi Dunia atau World Congress on Innovation and Technology 2022 (WCIT 2022). Sehubungan itu, barisan kepimpinan utama negara dan dunia berhimpun di Pulau Mutiara bagi menghadiri WCIT 2022 yang berlangsung dari 13 September 2022 sehingga 15 September 2022.

Dengan populasi 655 juta penduduk di A sia Tenggara, WCIT 2022 menyasarkan untuk menyambung dan memperkasakan jaringan serta kerjasama transformasi melalui ekonomi digital. Sementara itu, Google mengunjurkan pertumbuhan Asia Tenggara akan meningkat tiga kali ganda kepada USD240 bilion dalam tempoh tujuh tahun akan datang hasil daripada penggunaan teknologi, inovasi digital dan pelaburan asing.Justeru, WCIT 2022 yang julung kali diadakan di Pusat Konvensyen Setia Spice, Pulau Pinang bakal menjadi pintu masuk transformasi ke Asia Tenggara yang menjadi peluang besar pembangunan masa hadapan.

 

Sumber rujukan:

Buletin Mutiara

Astro Awani

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut