PM UMUM PROJEK PEMBANGUNAN UNTUK RAKYAT KELANTAN

 

TUMPAT – Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beberapa projek besar untuk Kelantan demi pembangunan sosio ekonomi rakyat Kelantan.
Pengumuman itu dibuat sewaktu berucap pada Majlis Perasmian Laman Warisan Kampung Laut di Laman Warisan Kampung Laut, semalam.
Pertama ialah pembangunan bandar-bandar sempadan yang mana kerajaan bersetuju untuk membina Jambatan Sungai Golok di Rantau Panjang dan Pembinaan Jambatan Takbai – Pengkalan Kubor.
Kedua, Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3), jajaran adalah dari Gemuruh, Terengganu ke Pengkalan Kubor, Kelantan iaitu sepanjang 147 kilometer.
Ketiga, Projek Tabatan Banjir di Rantau Panjang-Golok Fasa 2 telah diluluskan dengan kos sebanyak RM 897 juta manakala yang keempat Jambatan Palekbang.
Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM40 juta untuk Projek Pembangunan Semula Kampung Laut yang membabitkan Masjid Kampung Laut, Laman Warisan Seni dan Laman Warisan Serunding.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut