OPERASI BERSEPADU KPDNHEP CAWANGAN TANAH MERAH BERSAMA PDRM JELI

 

JELI 11 Sept : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Tanah Merah telah mengadakan Operasi Bersepadu bersama Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah, Jeli, semalam.
Sasaran tumpuan Operasi di lokasi-lokasi seperti Stesen-Stesen Minyak sekitar Jeli, Batu Melintang dan Sekatan Jalanraya, Batu 6 GTRB Batu Melintang, Jeli Kelantan.
Kekuatan anggota operasi dijalankan seramai 12 Pegawai terlibat secara keseluruhannya bermula jam 8.00 malam semalam.
Operasi diketuai oleh YBrs. Tuan Ahmad Azizi bin Abdul Kadir, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDNHEP Tanah Merah bersama-sama YDH Inspektor Saiful Ammar dan YDH Inspektor Mohammad Nurul Safwan.
Dalam operasi tersebut juga pasukan telah mempertingkatkan rondaan dan juga pemeriksaan keatas kenderaan-kenderaan yang membuat pengisian bahan bakar di stesen-stesen minyak yang berada didalam Jajahan Jeli, Kelantan.
Selain itu Sekatan Jalanraya juga telah dijalankan di SJR Batu 6 GRTB, Batu Melintang dengan bantuan daripada anggota IPD Jeli yang terlibat dalam operasi.
Sepanjang SJR dijalankan, kesemua kenderaan diperiksa dan tiada aktiviti yang mencurigakan berlaku.
Operasi tamat sekitar jam 2.00 pagi semalam.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut