TAKLIMAT ARAHAN MKN NO.21 DAN TABLETOP EXERCISE DAERAH PONTIAN

PONTIAN, 26 Ogos 2022 – Pada 25 Ogos 2022, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor dan Pejabat Daerah Pontian telah menganjurkan Program Taklimat Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 21 dan Tabletop Exercise daerah Pontian di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Tuan Haji Mohd Rafi bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian dan dihadiri oleh 12 agensi yang turut terlibat di dalam program sesi table top. Turut hadir, wakil dari pihak IPK Johor sebagai fasilitator serta Penghulu dan Ketua Kampung bagi daerah Pontian. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan, perkongsian maklumat dan tindakan agensi berdasarkan Perintah Tetap Operasi (PTO) sedia ada bagi persediaan dan kesiapsiagaan menghadapi ancaman ketenteraman awam di daerah Pontian.

Terima kasih atas penglibatan dan kerjasama yang diberikan. Semoga semua pihak yang terlibat dalam pengurusan keselamatan berdasarkan Arahan MKN No. 21 mendapat ilmu dan pengalaman seterusnya memperkukuhkan kesiapsiagaan dalam menghadapi ancaman.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut