JOHOR BAHRU, 30 Ogos 2022 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor telah menganjurkan Forum Keselamatan Negari Johor Tahun 2022 “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama” pada 29 Ogos 2022 di Hotel Renaissance Johor Bahru, Johor.
Forum yang bertemakan “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama” dianjurkan bagi merealisasi dan mempromosikan aspirasi Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 di peringkat negeri, daerah dan komuniti. Forum ini turut menjadi satu platform libat urus pelbagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan keselamatan di Negeri Johor bagi membincangkan isu dan cabaran keselamatan semasa dan baharu.
Pengisian forum adalah sesi taklimat mengenai Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 oleh Pengarah Eksekutif Pusat Strategi Keselamatan Negara (NASTRAC), Tuan Shamril Faizalis Bin Shamsul Bahari dan sesi forum oleh figura peneraju keselamatan Negara iaitu YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Bin Jantan, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Angkatan Tentera Malaysia, YBhg. Komissioner Polis Datuk Seri Ayob Khan Bin Mydin Pitchay, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) dan YBrs. Tuan Hamzah Bin Ishak, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negeri (Pengurusan Keselamatan), MKN. Forum tersebut telah dikendalikan oleh YBrs. Tuan Hafiz bin Rahim, (Timbalan Pengarah BGSPS) selaku Moderator Forum. Majlis Perasmian Penutupan forum ini pula telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Noh Bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pengurusan) selaku wakil rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.
Tahniah dan Terima kasih di atas kerjasama semua pihak yang terlibat!!
Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL
Sumber gambar: Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor




