KELANTAN, PALESTIN JALIN KERJASAMA DALAM BIDANG AKADEMIK

 

KOTA DARULNAIM – Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob menerima kunjungan hormat dari Duta Palestin ke Malaysia Tuan Yang Terutama Walid Abu Ali pada 29 Ogos.
Pelbagai perkara dibincangkan dalam pertemuan yang berlangsung selama sejam itu termasuklah peranan kedua-dua pihak dalam perjuangan hak dan kebebasan rakyat Palestin.
Sehubungan itu, Ustaz Dato’ Ahmad menegaskan, hubungan akrab dengan Palestin akan terus diperkukuh kerana ia menjadi simbol penyatuan umat Islam. Kelantan akan terus memberikan komitmen serta sokongan dalam perjuangan hak rakyat Palestin,” katanya menerusi laman sosialnya.
Pada masa yang sama, Kelantan juga menyatakan persetujuan untuk menerokai kerjasama dalam bidang pendidikan melalui hubungan akademik antara institusi penganjian tinggi yang ada di Kelantan.
Sementara itu, pertemuan di Pejabat Menteri Besar, Kota Darul Naim itu turut dihadiri bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut