PULAU PINANG: NAIK TARAF JALAN P. RAMLEE BERNILAI RM5 JUTA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pengurusan Perubahan Iklim)

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), akan memperuntukkan RM5 juta untuk menaik taraf Jalan P. Ramlee, Jelutong yang sering berlaku banjir apabila berlakunya hujan lebat. Projek ini melibatkan peninggian jalan raya serta menaik taraf sistem saliran termasuk pembinaan dua rumah pam untuk mengepam air keluar dari takungan parit-parit bagi mengurangkan impak banjir di kawasan setempat.

Tragedi banjir besar pada tahun 2017 menyaksikan paras air naik setinggi dua tingkat di rumah pangsa berhampiran. Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow pada sesi lawatan ke tapak projek berharap projek menaik taraf Jalan P. Ramlee ini dapat mengurangkan impak banjir di kawasan setempat.

 

Sumber:

Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut