PULAU PINANG KOMITED MENGGALAKKAN TRANSAKSI TANPA TUNAI DAN MEWUJUDKAN MASYARAKAT CELIK DIGITAL

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2022

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Akses Digital)

KEBUN BUNGA, 28 Ogos 2022 : Kerajaan Negeri komited untuk terus menggalakkan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan penduduk Negeri Pulau Pinang dan sekaligus mewujudkan masyarakat celik digital dalam peluasan penggunaan transaksi tanpa tunai.

Menurut Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow juga merangkap Exco Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi, menyatakan usaha mendidik penggunaan bayaran tanpa tunai bukan suatu perkara baharu. Transaksi tanpa tunai telah berkembang dengan ketara sebanyak RM50.5 bilion pada tahun 2021, berbanding RM29.6 bilion pada tahun 2020. Jawatankuasa Pemandu Inisiatif Tanpa Tunai juga telah ditubuhkan di peringkat negeri untuk memantau secara berkala pencapaian prestasi pembayaran tanpa tunai melibatkan semua jabatan dan agensi negeri.

Y.A.B. Ketua Menteri turut mengumumkan bahawa bermula 1 September 2022, semua jenis penerimaan bayaran di LPNPP akan diwajibkan pemakaian bayaran tanpa tunai seperti mod FPX, kod QR dan Self Service Terminal (kad  debit/kredit) di kaunter-kaunter perumahan. Bayaran tanpa tunai ini termasuk bayaran sewa dan selenggara di Perumahan Awam Kos Rendah, bayaran deposit untuk unit sewa beli, bayaran daripada Badan Pengurusan bagi permohonan bantuan Tabung Penyelenggaraan Maksimum 80 Peratus Pulau Pinang (TPM80PP) dan lain-lain.

Sumber:

Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

PATI ‘KEPANASAN’ DISERBU, SANGGUP TERJUN SETINGGI ENAM METER

Nekad terjun dari platform setinggi enam meter dan bersembunyi di celah barang binaan antara gelagat pendatang asing tanpa asing (PATI) …
Maklumat Lanjut

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut