PROJEK TAKUNGAN BAWAH TANAH BERNILAI RM5.71 JUTA ATASI MASALAH BANJIR DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Krisis Keselamatan)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan projek takungan bawah tanah bernilai RM5.71 juta bagi mengatasi masalah banjir yang sudah 30 tahun menghantui penduduk di Solok Van Praagh, dekat Jelutong. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari, berkata kerja pembinaan dua takungan banjir menyamai kolam renang bersaiz Olimpik yang mempunyai kapasiti 5,175 meter padu dengan keluasan 2,200 meter persegi itu, dimulakan Jun lalu dan dijangka siap 31 Mei 2024. Projek terbaharu ini juga akan dilengkapi dua saluran lencongan masing-masing sepanjang 80 meter dan 50 meter, untuk mengalirkan air dari Jalan Hamilton dan Jalan Van Praagh ke kolam takungan terbabit. Zairil berkata, lencongan Sungai Jelutong sepanjang 1.2 kilometer adalah lembangan sungai utama kawasan Solok Van Praagh yang mempunyai keluasan tadahan sekitar 0.57 km persegi, dengan kapasiti longkang dan pembetung sedia ada tidak mampu menampung kapasiti air ketika hujan lebat. Menurutnya, masalah banjir kritikal turut melanda kawasan rendah seperti Jalan Sir Ibrahim, Lengkuk Hijau dan Lintang Slim di Jelutong selain Persimpangan Jalan Van Praagh, sekali gus menyebabkan kesesakan trafik dan laluan terhalang apabila banjir kilat melanda di lokasi terbabit. Zairil berkata, pihaknya juga mencadangkan kemudahan rekreasi dibina di bahagian atas kolam takungan bawah tanah itu untuk kegunaan penduduk dan ia dijangka menjadi projek contoh seumpamanya di negeri ini apabila ia siap kelak. Katanya, projek itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 70 keluarga dengan insiden banjir terburuk berlaku beberapa kali pada 2019 dan 2020 di kawasan terbabit yang menyaksikan air masuk ke dalam rumah dan premis penduduk pada paras lutut.

Sumber: Laman Web Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …