#SEMARAKKAN MERDEKA KITA : 65 PELUNCUR BERAKSI DI UDARA SIMBOLIK KEPADA HARI KEBANGSAAN


BESUT, 28 OGOS 2022


Seramai 65 penggiat sukan luncur udara (paragliding dan paramotor) melakukan aktiviti terbang bebas (Merdeka Fun Fly) sebagai simbolik kepada jiwa merdeka di Bukit Bubus pada 27 Ogos 2022 semalam. Ini adalah merupakan salah satu aktiviti sepanjang Festival Udara Antarabangsa Terengganu TIAF (Terengganu International Air Festival), dan antara tarikan utama sepanjang tujuh hari festival itu berlangsung sejak 25 Ogos hingga 31 Ogos ini.

Melalui aktiviti paragliding ini, peserta dapat menonjolkan semangat kemerdekaan dengan membawa jalur gemilang bersama ketika terbang di ruang udara antara Bukit Keluang dengan Bukit Bubus pada ketinggian 85 meter dari paras laut. Antara aktiviti lain turut diadakan seperti konvoi motosikal berkuasa tinggi, sukan air, muzik kebudayaan, memancing pantai, kayuhan basikal dan bermain layang-layang. TIAF ini kali pertama diadakan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) di Besut ini. Pihak penganjur menerima penyertaan 50 ‘paraglider’ dari seluruh negeri termasuk penyertaan dari Thailand, Singapora dan Hong Kong, 20 peluncur para-motor serta penglibatan 30 wau tradisional yang mengadakan persembahan wau bersama beberapa layang-layang gergasi di sini.

Program ini dilihat sebagai satu usaha bagus di kalangan penggalak industri pelancongan, dan kerajaan negeri menyokong penuh aktiviti yang membantu ekonomi tempatan serta ada geran-geran yang diluluskan kerajaan untuk membantu pihak berkaitan untuk menjana ekonomi ‘spillover effect’ kepada komuniti setempat untuk membangunkan tempat ini menjadi satu dentinasi pelancongan.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut