DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perkongsian Kemakmuran yang Adil, Menyeluruh & Berkekalan)
Program ‘Taklimat Isu Semasa-Inflasi dan Cabaran-Cabaran Bagi Malaysia’ Peringkat Zon Utara telah diadakan pada 25 Ogos 2022 di Dewan CAT, Kompleks Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang. Program ini merupakan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Bahagian Komunikasi Stategik K-KOMM dan dihadiri hampir 200 orang peserta daripada Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.


YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Timbalan Ketua Pengarah (MAKRO) Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri telah hadir bagi menyampaikan taklimat ini. Turut menghadiri program ini ialah Pengarah Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang, Pengarah Pembangunan Negeri Pejabat Pembangunan Pulau Pinang, Ketua-ketua Jabatan dan agensi serta wakil-wakil agensi kerajaan.
Sumber : Laman FB rasmi JABATAN PENERANGAN NEGERI PULAU PINANG