DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Semangat Patriotisme)
Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah dengan kerjasama Komuniti Keluarga Malaysia Kuarters KTMB Berapit dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Pearl telah menganjurkan Program Merdeka@Komuniti Peringkat Komuniti Keluarga Malaysia Kuarters KTMB Berapit.
Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Kuarters KTMB Berapit, Johari Othman berkata program ini adalah cetusan idea daripada ahli jawatankuasa komuniti yang mahukan kelainan dari segi aktiviti merdeka pada kali ini.


Antara aktiviti paling menarik dalam program tersebut adalah pertandingan reka cipta replika Menara Berkembar KLCC, Menara Kuala Lumpur dan Jambatan Pulau Pinang dengan menggunakan bahan terpakai seperti kotak telur dan botol.