KESEPDUAN UMMAH TONGGAK KESEJAHTERAAN: PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH BERSAMA KOMUNITI MUKIM PENGKALAN BHARU & LEKIR, MANJUNG

MANJUNG – Ilmu fardhu kifayah yang menjadi asas pegangan umat Islam yang perlu untuk sentiasa ditambahbaik dilihat bertepatan dalam mencapai objektif program yang dianjurkan hasil sinergi antara Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak dan JPKK serta AJK Masjid Al-Nawawi Pengkalan Bharu, Pantai Remis dan Masjid Al-Ismailiah Kg. Sg. Tiram, Lekir, Manjung.

Program yang diadakan pada 8 dan 22 Ogos ini turut diserikan dengan taklimat Dasar Keselamatan Negara oleh En. muhammad Zahir Shah bin Mohamed Isa, Penolong Pengarah Keselamatan Daerah Manjung.

Penganjuran yang bertepatan dengan nilai kebersamaan serta perpaduan ini dilihat signifikan dalam memastikan tanggungjawab bagi proses pengurusan jenazah dapat difahami dan dihayati dengan lebih baik.

Inshaallah semoga dengan keberkesanan program ini dapat meningkatkan fahaman kerohanian oleh setiap peserta.

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut